Halaman

ASSALAMUALAIKUM, AHLAN WASAHLAN SELAMAT DATANG ke blog syananapurple.blogspot..jgn tngok2 je.semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua..sehehe XD

Jumaat, 2 Disember 2011

RUANGAN KESIHATAN

Berjumpa lagi diruangan ini, dari saya Nur Najieha ...

kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang Buah Pinggang (Ginjal)
dan masalah di sekitarnya.

MENGENAL GINJAL DAN PENYAKIT-PENYAKIT GINJAL

Apa dia Ginjal ?

Ianya adalah sepasang organ kembar terletak sebelah menyebelah menyebelah tulang belakang bawah sedikit kepada rangka tulang rusuk. Ianya menjalankan fungsi terpenting seperti berikut :-

1) menuras toksin dan cecair yang berlebihan (membersih darah)
2) membantu membina sel-sel darah merah

3) menolong memperbetulkan tekanan darah, menentukan bilangan sel darah
4) memelihara kekuatan tulang

Apakah yang akan terjadi apabila Ginjal gagal berfungsi?

Badan tidak berupaya menolak keluar air secukupnya, garam dan lain-lain bahan. Jumlah air di dalam badan bertambah dan tisu-tisu membengkak (OEDEMA). Persebatian cecair dalam badan berubah dengan pesat sehingga menjadikan ia begitu abnormal dan kematian akan berlaku kecuali jika pengubatan secara ‘dialisis dijalankan’

JIKA GINJAL GAGAL BERFUNGSI , APAKAH RISIKONYA
KEPADA KESIHATAN KITA?

Jika ginjal gagal berfungsi, akibat nya adalah seperti berikut.
samada salah satu atau banyak kesannya:

1) kencing manis
2) tekanan darah tinggi
3) batu karang
4) nefritis (radang buah pinggang)
5) dan lain2

'PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK (CKD) TIDAK MENUNJUKKAN SEBARANG TANDA ATAU SIMPTON PADA FASA PERMULAAN'

Tetapi tanda2 ini jika wujud adalah menunjukkan buah pinggang kita ada masalah:

1) kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing
2) kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
3) mengeluarkan kencing berdarah
4) bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama di kalangan kanak-kanak
5) kesakitan sebahagian belakang, sedikit ke bawah dari tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)
6) tekanan darah tinggi.
7) keletihan
8) kurang selera makan (anoreksia)
9) kulit berubah (pigmentasi, kegatalan)
10) sesak nafas ketika menggunakan tenaga yang banyak
11) rasa loya dan muntah
12) anemia (kekurangan sel darah merah)

Jika terdapat tanda-tanda ini minta nasihat doktor anda. Sesetengah penyakit ginjal menyerang tanpa apa-apa tanda, oleh itu pastikan kencing anda diperiksa tiap-tiap tahun.

SEKIAN..SEHINGGA BERTEMU LAGI DI RUANGAN KESIHATAN AKAN DATANG ..

E-Jawi Transliteration : Jawi Script Learning Tool System

E-Jawi Transliteration : Jawi Script Learning Tool System